Assalamu'alaikum Wrmbth,
Ramai yang sedang sibuk dengan persiapan raya, dan pada masa yang sama ramai juga yang terbabas waktu sembahyangnya kerana membeli belah. Semoga Allah memelihara saya dan umat islam yang lain dijalan yang lurus ini.
Artikel ini saya kongsikan bagi mereka yang menyayangi islam, buatlah sesuatu walaupun kecil kerana Allah SWT akan mengira setiap amal walaupun sebesar zarah sekalipun. Dalam MENGAJAR TUISYEN, anak anda sedang diDAKYAH oleh orang kristian, nau'dzubillahi min zalik.
(Sinar Harian 29 Ogos 2011)
Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai yang ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal.
Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan saya walaupun ada akhbar lain yang merasa kecut.
Cikgu S yang dimaksudkan itu adalah sahabat karib saya, seorang guru bahasa, berbangsa India beragama Kristian yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Kelang. Kami sering berhubung dan bertukar-tukar pandangan mengenai agama. Beliau amat menghormati agama Islam. Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel itu, beliaulah yang memberikan segala bukti bagaimana seorang kanak-kanak darjah satu diajar oleh guru tuisyennya mengenai Kristian dan Nabi Isa. Kanak-kanak lebih memahami Kristian daripada Islam. Beliau telah mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi tidak ramai yang mengambil berat sehinggalah berita tersebut disensasikan oleh media. Terfikir juga saya, siapa sebenarnya bertanggungjawab menjaga kepentingan Islam, orang Islam atau orang bukan Islam? Kita hanya sensitif bila isu menjadi sensasi. Maklumlah mahu mencari publisiti. Sedarkah kita akan implikasi ke atas Islam jika ramai yang murtad?
Terus terang, saya amat jarang jumpa non-Muslim yang amat prihatin dengan orang Melayu dan agama Islam. Beliau seolah-olah sudah Islam di sisi Allah SWT. Tertanya-tanya juga dalam diri, kenapa tidak ramai orang Islam seperti beliau. Saya yakin selepas ini jika identiti beliau didedahkan, beliau akan menjadi sasaran bukan Islam, terutama orang Kristian. Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga beliau tabah dan kehidupannya diberkati. Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan memeluk agama Islam. Saya memohon kepada umat Islam, jika ditakdirkan beliau menjadi mangsa, marilah kita bersama-sama membelanya, walaupun beliau masih belum Islam. Masih banyak lagi bukti-bukti bagaimana jahatnya perancangan orang lain terhadap Islam yang masih belum diceritakan.
Saya sebenarnya tidak mahu bersangka buruk kepada orang Kristian. Tetapi realiti yang berlaku, membenarkan sangkaan buruk saya ini. Missionari Kristian bergerak aktif dalam segala aspek. Mereka akan mengambil kesempatan, ruang dan peluang untuk menyebarkan agamanya kepada orang Melayu (Islam), walaupun dilarang oleh undang-undang. Namun, atas alasan hak asasi manusia dan mendapat perlindungan antarabangsa, mereka nampak kebal dan tetap meneruskan niat jahat mereka mencabar kedudukan agama Islam. Sedihnya, kita terlalu berlembut.
Sedangkan kita semua tahu, agama Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama bukan Islam. Kita boleh berkongsi nilai-nilai baik agama-agama, tetapi kita tidak boleh berkongsi agama, kerana bagi kamu agamamu, bagi aku, agamaku. Itulah ingatan Allah dalam surah al-Kafiruun, Lagipun, Islam mendapat perlindungan dalam perlembagaan. Sila rujuk perkara Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah: Perkara 11 (4) - tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam. Perkara 12 (2) - peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan pendidikan Islam.
Peruntukan inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain. Negara-negara Islam yang majoriti umat Islamnya begitu besarpun tidak ada peruntukan yang sebegini rapi, misalnya Indonesia dan Mesir, tetapi kita ada. Lantaran, golongan ultra kiasu amat tidak selesa dengan peruntukan istimewa ini. Ada percubaan mendesak supaya peruntukan ini dipinda tetapi gagal. Walau bagaimanapun, tidak mustahil peruntukan ini akan dipinda atau mungkin juga dimansuhkan sekiranya umat Islam terus berpolitik dan berpecah. Kita lebih mengutamakan agenda mengekal dan mempertahankan kuasa daripada menjaga kesucian agama Islam yang semakin hari semakin ternoda.
Sedarlah wahai saudaraku, orang Melayu akan hancur tanpa Islam. Islamlah yang memartabatkan orang Melayu selama ini. Tanpa Islam atau jika ditakdirkan Islam tidak sampai ke Alam Melayu, orang Melayu masih lagi menganut agama anamisme dan menyembah berhala. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan ketika Melayu belum lagi memeluk Islam. Perlu diingat, ribuan tahun orang Melayu berada dalam kekufuran sebelum datangnya Islam.
Kerajaan Melayu Islam Melaka yang ditegakkan tidak begitu popular dan terkenal. Namun, setelah Melayu menerima Islam 600 tahun dahulu, tiba-tiba nama Melayu dan Melaka melonjak. Siapakah yang melonjakkan nama Melayu kalau bukan Allah SWT. Bangsa ini hanya terdarjat apabila diangkat oleh Allah menjadi bangsa bermaruah dengan Islam.
Malangnya, kita mudah lupa fakta ini. Hari ini, bukan kita ikut Islam, tetapi kita mahukan Islam ikut kita. Dalam kata lain, kita mahu Islam ikut sains, bukannya sains yang mesti mengikut Islam. Begitu juga dalam konteks pemerintahan, Islam memerintah bukannya Islam diperintah.
Justeru, janganlah hari ini kita terlalu sombong dan bongkak sehingga menjadi sukar untuk menjaga kepentingan Islam, semata-mata untuk mempertahankan harta, takhta dan kuasa. Semuanya ini hanya bersifat sementara, kerana ia bukan milik kita, tetapi milik Allah. Kuasa yang ada boleh datang dan pergi apabila tibanya masanya. Tetapi Allah dan Islam tetap akan kekal abadi. Islam tidak akan tercabut walaupun mungkin sesuatu bangsa itu mungkin pupus. Islam tetap akan terpelihara, walaupun ada yang tidak memperdulikannya. Islam mendapat jagaan Allah, tetapi kuasa dan takhta belum tentu.
Berani kerana benar, takut kerana salah. Faktor apakah yang menyebabkan sehingga kita terpaksa tunduk kepada desakan dan tuntutan orang bukan Islam yang tidak munasabah dan amat licik. Sudah terang lagi bersuluh, mereka melakukan kesalahan, kita terus bersangka baik? Mereka yang benar, menjalankan kerja dan tanggungjawab, dipersalahkan. Manakala mereka yang salah, dikatakan betul. Apakah neraca kita yang digunakan dalam penentuan timbang tara ini?
Home Tuition Services
Examination is just around the corner & you want someone who can teach your children PHYSICS?
Please Call CIKGU AZMI at 0192653791 or email at cikgutuitioncentre@gmail.com
Please Call CIKGU AZMI at 0192653791 or email at cikgutuitioncentre@gmail.com
Sunday, August 28, 2011
Thursday, August 4, 2011
Conservation of Momentum Form 4 Chapter 2 SPM
|
To help you visualize the principle of Conservation of Momentum, I suggest that you watch the video below.
The collision shown in this video is elastic (Where Kinetic Energy & Momentum are conserved)
Bravo to the video creator.
In real life situation, the particle of gas are moving at high speed and collides with each other. The figure below shows you the real situation for the conservation of momentum
Example of inelastic collision (Figure above) where there move together after collison
Figure above shows you an example of elastic collision where both bodies move separately after colliding)
Component Forces Physics SPM Form 4
Assalamu'alaikum Wrmbth,
I hope this video will help you to understand the Component of Forces subtopic For Physics SPM (Leraian Daya Komponen)
Feel free to comment & discuss.
I hope this video will help you to understand the Component of Forces subtopic For Physics SPM (Leraian Daya Komponen)
Feel free to comment & discuss.
Wednesday, August 3, 2011
Physics Form 4 SPM COnservation of Energy
Assalamu'alaikum Wrmbth,
I hope that this video below will help you to understand and appreciates the concept of Conservation of Energy in SPM Physics.
Eventhough many of us are fasting, its not an excuse to slow us down in learning. It's a never ending process.
Enjoy
I hope that this video below will help you to understand and appreciates the concept of Conservation of Energy in SPM Physics.
Eventhough many of us are fasting, its not an excuse to slow us down in learning. It's a never ending process.
Enjoy
Tuesday, August 2, 2011
Kejayaan Fizik Melalui Kelas Tuisyen Intensif
Assalamu'alaikum Wrmbth,
:) Selamat berpuasa dari saya. Ambil keberkatan dari bulan mulia ini.
Anda ingin berjaya dalam peperiksaan Fizik SPM? Takut menghadapi kegagalan atau kegagalan lepas masih menghantui anda.
Beri peluang pada diri anda untuk berjaya, tanam dalam-dalam apa yang tidak baik dari masa silam anda.
Semua insan layak mendapat apa yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Persoalannya, adakah anda sudi melepaskan belenggu jiwa tersebut? Mari mengorak langkah bersama-sama dalam pembelajaran Fizik.
Fizik adalah sesuatu yang menyeronokkan bagaikan teka teki yang memerlukan sedikit teknik.
:) Selamat berpuasa dari saya. Ambil keberkatan dari bulan mulia ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)