Home Tuition Services

Examination is just around the corner & you want someone who can teach your children PHYSICS?

Please Call CIKGU AZMI at 0192653791 or email at cikgutuitioncentre@gmail.com

Wednesday, September 7, 2011

Kertas Percubaan Fizik SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bagi mereka yang sedang gatal tangan mencuba soalan percubaan SPM Fizik, Disini cikgu selitkan sedikit sumber soalan peperiksaan fizik seluruh malaysia.

Boleh muat turun dan sebarkan kepada rakan-rakan sekalian untuk manfaat bersama.

Himpunan Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Fizik Seluruh Malaysia

Ingat Sabda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi lebih kurang " orang yang terbaik diantara kamu ialah mereka yang paling memberi kebaikan kepada orang lain"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari GUru Tuisyen FIzik

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Allahu Akbar, Sudah sebulan kita berpuasa dan kita tiba masanya Syawal. Saya pun dengan rasa gembira bercampur duka memberikan cuti seminggu kepada murid-murid saya.

Sambil menikmati hidangan dan juadah raya, buku-buku jangan tinggal ya.. Peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Peperiksaan malaysia bermula sebaik tamat cuti hari raya.



Selamat Berjaya cikgu ucapkan kepada semua pelajar sekalian. Sedikit pengorbanan untuk kejayaan yang memang mahal harganya.

Kelas TUisyen mula kembali selepas cuti. Kerja rumah jangan lupa siapkan ya. 

Sunday, August 28, 2011

Ustaz Ridhuan Tee : Apa lagi jawapan Kristian? Dakyah Kristian Semasa Tuisyen

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Ramai yang sedang sibuk dengan persiapan raya, dan pada masa yang sama ramai juga yang terbabas waktu sembahyangnya kerana membeli belah. Semoga Allah memelihara saya dan umat islam yang lain dijalan yang lurus ini.

Artikel ini saya kongsikan bagi mereka yang menyayangi islam, buatlah sesuatu walaupun kecil kerana Allah SWT akan mengira setiap amal walaupun sebesar zarah sekalipun. Dalam MENGAJAR TUISYEN, anak anda sedang diDAKYAH oleh orang kristian, nau'dzubillahi min zalik. 


(Sinar Harian 29 Ogos 2011)

Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai yang ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal.

Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan saya walaupun ada akhbar lain yang merasa kecut.

Cikgu S yang dimaksudkan itu adalah sahabat karib saya, seorang guru bahasa, berbangsa India beragama Kristian yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Kelang. Kami sering berhubung dan bertukar-tukar pandangan mengenai agama. Beliau amat menghormati agama Islam. Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel itu, beliaulah yang memberikan segala bukti bagaimana seorang kanak-kanak darjah satu diajar oleh guru tuisyennya mengenai Kristian dan Nabi Isa. Kanak-kanak lebih memahami Kristian daripada Islam. Beliau telah mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi tidak ramai yang mengambil berat sehinggalah berita tersebut disensasikan oleh media. Terfikir juga saya, siapa sebenarnya bertanggungjawab menjaga kepentingan Islam, orang Islam atau orang bukan Islam? Kita hanya sensitif bila isu menjadi sensasi. Maklumlah mahu mencari publisiti. Sedarkah kita akan implikasi ke atas Islam jika ramai yang murtad?

Terus terang, saya amat jarang jumpa non-Muslim yang amat prihatin dengan orang Melayu dan agama Islam. Beliau seolah-olah sudah Islam di sisi Allah SWT. Tertanya-tanya juga dalam diri, kenapa tidak ramai orang Islam seperti beliau. Saya yakin selepas ini jika identiti beliau didedahkan, beliau akan menjadi sasaran bukan Islam, terutama orang Kristian. Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga beliau tabah dan kehidupannya diberkati. Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan memeluk agama Islam. Saya memohon kepada umat Islam, jika ditakdirkan beliau menjadi mangsa, marilah kita bersama-sama membelanya, walaupun beliau masih belum Islam. Masih banyak lagi bukti-bukti bagaimana jahatnya perancangan orang lain terhadap Islam yang masih belum diceritakan.

Saya sebenarnya tidak mahu bersangka buruk kepada orang Kristian. Tetapi realiti yang berlaku, membenarkan sangkaan buruk saya ini. Missionari Kristian bergerak aktif dalam segala aspek. Mereka akan mengambil kesempatan, ruang dan peluang untuk menyebarkan agamanya kepada orang Melayu (Islam), walaupun dilarang oleh undang-undang. Namun, atas alasan hak asasi manusia dan mendapat perlindungan antarabangsa, mereka nampak kebal dan tetap meneruskan niat jahat mereka mencabar kedudukan agama Islam. Sedihnya, kita terlalu berlembut.

Sedangkan kita semua tahu, agama Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama bukan Islam. Kita boleh berkongsi nilai-nilai baik agama-agama, tetapi kita tidak boleh berkongsi agama, kerana bagi kamu agamamu, bagi aku, agamaku. Itulah ingatan Allah dalam surah al-Kafiruun, Lagipun, Islam mendapat perlindungan dalam perlembagaan. Sila rujuk perkara Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah: Perkara 11 (4) - tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam. Perkara 12 (2) - peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan pendidikan Islam.

Peruntukan inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain. Negara-negara Islam yang majoriti umat Islamnya begitu besarpun tidak ada peruntukan yang sebegini rapi, misalnya Indonesia dan Mesir, tetapi kita ada. Lantaran, golongan ultra kiasu amat tidak selesa dengan peruntukan istimewa ini. Ada percubaan mendesak supaya peruntukan ini dipinda tetapi gagal. Walau bagaimanapun, tidak mustahil peruntukan ini akan dipinda atau mungkin juga dimansuhkan sekiranya umat Islam terus berpolitik dan berpecah. Kita lebih mengutamakan agenda mengekal dan mempertahankan kuasa daripada menjaga kesucian agama Islam yang semakin hari semakin ternoda.

Sedarlah wahai saudaraku, orang Melayu akan hancur tanpa Islam. Islamlah yang memartabatkan orang Melayu selama ini. Tanpa Islam atau jika ditakdirkan Islam tidak sampai ke Alam Melayu, orang Melayu masih lagi menganut agama anamisme dan menyembah berhala. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan ketika Melayu belum lagi memeluk Islam. Perlu diingat, ribuan tahun orang Melayu berada dalam kekufuran sebelum datangnya Islam.

Kerajaan Melayu Islam Melaka yang ditegakkan tidak begitu popular dan terkenal. Namun, setelah Melayu menerima Islam 600 tahun dahulu, tiba-tiba nama Melayu dan Melaka melonjak. Siapakah yang melonjakkan nama Melayu kalau bukan Allah SWT. Bangsa ini hanya terdarjat apabila diangkat oleh Allah menjadi bangsa bermaruah dengan Islam.

Malangnya, kita mudah lupa fakta ini. Hari ini, bukan kita ikut Islam, tetapi kita mahukan Islam ikut kita. Dalam kata lain, kita mahu Islam ikut sains, bukannya sains yang mesti mengikut Islam. Begitu juga dalam konteks pemerintahan, Islam memerintah bukannya Islam diperintah.

Justeru, janganlah hari ini kita terlalu sombong dan bongkak sehingga menjadi sukar untuk menjaga kepentingan Islam, semata-mata untuk mempertahankan harta, takhta dan kuasa. Semuanya ini hanya bersifat sementara, kerana ia bukan milik kita, tetapi milik Allah. Kuasa yang ada boleh datang dan pergi apabila tibanya masanya. Tetapi Allah dan Islam tetap akan kekal abadi. Islam tidak akan tercabut walaupun mungkin sesuatu bangsa itu mungkin pupus. Islam tetap akan terpelihara, walaupun ada yang tidak memperdulikannya. Islam mendapat jagaan Allah, tetapi kuasa dan takhta belum tentu.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Faktor apakah yang menyebabkan sehingga kita terpaksa tunduk kepada desakan dan tuntutan orang bukan Islam yang tidak munasabah dan amat licik. Sudah terang lagi bersuluh, mereka melakukan kesalahan, kita terus bersangka baik? Mereka yang benar, menjalankan kerja dan tanggungjawab, dipersalahkan. Manakala mereka yang salah, dikatakan betul. Apakah neraca kita yang digunakan dalam penentuan timbang tara ini?

Thursday, August 4, 2011

Conservation of Momentum Form 4 Chapter 2 SPM

 PR: n/a LD: 214,092,491
Info PR: n/a LD: 214,092,491 Density
Assalamu'alaikum Wrmbth,

To help you visualize the principle of Conservation of Momentum, I suggest that you watch the video below.

The collision shown in this video is elastic (Where Kinetic Energy & Momentum are conserved)


Bravo to the video creator.

In real life situation, the particle of gas are moving at high speed and collides with each other. The figure below shows you the real situation for the conservation of momentum


The momentum before and after collision can be calculated using this formula (m= mass, u =initial velocity & v= final velocity)

\,\! m_{1}u_{1}+m_{2}u_{2}=m_{1}v_{1} + m_{2}v_{2}.

Example of inelastic collision (Figure above) where there move together after collison


Figure above shows you an example of elastic collision where both bodies move separately after colliding)

Component Forces Physics SPM Form 4

 Assalamu'alaikum Wrmbth,

I hope this video will help you to understand  the Component of Forces subtopic For Physics SPM (Leraian Daya Komponen)

Feel free to comment & discuss.

Wednesday, August 3, 2011

Physics Form 4 SPM COnservation of Energy

Assalamu'alaikum Wrmbth,

I hope that this video below will help you to understand and appreciates the concept of Conservation of Energy in SPM Physics.

Eventhough many of us are fasting, its not an excuse to slow us down in learning. It's a never ending process.




Enjoy

Tuesday, August 2, 2011

Kejayaan Fizik Melalui Kelas Tuisyen Intensif

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Anda ingin berjaya dalam peperiksaan Fizik SPM? Takut menghadapi kegagalan atau kegagalan lepas masih menghantui anda.

Beri peluang pada diri anda untuk berjaya, tanam dalam-dalam apa yang tidak baik dari masa silam anda.

Semua insan layak mendapat apa yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Persoalannya, adakah anda sudi melepaskan belenggu jiwa tersebut? Mari mengorak langkah bersama-sama dalam pembelajaran Fizik.

Fizik adalah sesuatu yang menyeronokkan bagaikan teka teki yang memerlukan sedikit teknik.

:) Selamat berpuasa dari saya. Ambil keberkatan dari bulan mulia ini.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Pelajar Guru Cikgu Tuisyen Rumah

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Selamat berpuasa dan menyambut ramadhan al Mubarak. Dalam kesibukan mencari kecemerlangan dunia, jangan laqha dan leka dengan tuntutan akhirat.

Selamat memburu "Straight A's" dalam PEPERIKSAAN RAMADHAN ini.

Disini saya sertakan niat berpuasa sebulan dan harian.


Friday, July 29, 2011

Cikgu Tuisyen Rumah Fizik & Matematik



Assalamualaikum Wrmbth,
Tahniah diucapkan kepada anda kerana mengambil berat dan prihatin pada prestasi akademik anak anda. Sesungguhnya di belakang pelajar cemerlang dan berjaya, berdirinya ibubapa yang hebat dibelakang mereka. Blog ini disediakan bagi mereka yang sedang mencari GURU TUISYEN FIZIK yang mengajar dirumah PELAJAR. Sedikit sebanyak anda akan mendapat maklumat tentang kriteria guru yang sesuai dan mengenai kelayakan saya mengajar fizik.


SALAM KECEMERLANGAN
Nama Saya Cikgu Azmi, Saya seorang Home Tutor atau Cikgu Mengajar Tuisyen Rumah Sepenuh Masa. Saya berasal dari Klang Selangor dan kini mengajar di Kawasan KLANG, SHAH ALAM, SETIA ALAM, PUTRA HEIGHT dan SUBANG JAYA.


Saya mempunyai pengalaman mengajar terkumpul melebihi 3 tahun dan Mahir dalam subjek Matematik dan Fizik. Antara nilai tambah lain bagi saya mengajar subjek Fizik ini ialah:


a)Lulusan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Sains Malaysia
b)Rekod pelajar cemerlang dari PMR, SPM, Matrikulasi dan Ijazah
c)Mempunyai pengalaman sebagai Jurutera selama 3 tahun.
d)Tutor Sepenuh Masa (Komited dan Fokus dalam pengajaran


Teori dan pengalaman bekerja perlu selari bagi memudahkan pelajar memahami pelajaran. :) Kerana kita semua mengimpikan

DUNIA AKHIRAT. Insyaallah


SERVIS DAN PERKHIDMATAN TUISYEN DI RUMAH

Sebenarnya, rahsia kecemerlangan bangsa lain ada pada kelas tuisyen di rumah (HOME TUITION) kerana mereka begitu mengambil berat masa depan anak mereka.


Dari pengamatan dan pemerhatian saya, rata-rata ibu bapa berbangsa india dan cina merupakan majoriti pelanggan khidmat tuisyen dirumah ini. Namun kebelakangan ini terdapat peningkatan permintaan dari bangasa bumiputera muslim juga.


Inilah yang menjadikan mereka selangkah kehadapan setiap masa. Anak-anak mereka dilatih untuk memanfaatkan masa dan pada masa yang sama mtidak segan bertanya soalan dari guru. Mereka juga amat menghormati guru.


Sehingga kini, saya telah pun mengajar pelajar dari pelbagai peringkat (UPSR, PMR dan SPM) dan memahami bahawa setiap pelajar berbeza.

MENGAPA "HOME TUITION" ??

Mengajar di rumah pelajar adalah satu kaedah pengajaran yang BAGUS untuk pelajar. Mengapa? Dibawah ini saya sertakan sebab-sebabnya:


a) Nisbah Guru kepada pelajar disekolah adalah 1:40. Jika anak anda bukan pelajar terbaik kelas, sudah tentu cikgu tidak dapat memberikan perhatian. Oleh kerana ini, ramai ibu bapa memilih menghantar ke Pusat Tuisyen.

b) Keadaan di Pusat Tuisyen juga tidak banyak berbeza berbandingg di sekolah. Dari perkongsian pengalaman para pelajar home tuition saya, ada diantara GURU TIBA LEWAT, MENGAJAR SAMBIL LEWA dan PULANG AWAL. Lebih malang lagi, terdapat segelintir guru tuisyen mengajar seperti melepaskan batuk ditangga.


c) BENARKAH ANAK ANDA BERADA DI PUSAT TUISYEN? Ada segelintir pelajar yang menipu ibubapa mereka sedangkan mereka tidak menghadiri tuisyen tersebut. Ini adalah kisah benar yang patut diambil tindakan serius. Ibubapa rela mengorbankan wang ringgit demi melihat anak mereka berjaya tetapi lain pula jadinya. 


Siapa yang wajar dipertanggungjawabkan? Pusat tuisyen sekadar mengajar pelajar yang hadir ke kelas. Sedangkan ada mentaliti sebegini "Asalkan duit masuk ke poket setiap bulan". Guru mengajar dihadapan, anak murid pula sibuk berborak dibelakang kelas.


d) KESELAMATAN anak anda lebih terjamin dengan kelas tuisyen di rumah


e) Guru yang memberikan FOKUS dan EKSKLUSIF untuk anak anda sahaja.

Apa yang berlaku diatas nyata berlaku sepanjang pengalaman saya mengajar di rumah dan pusat tuisyen. Apabila AMANAH tidak lagi dijaga, siapa yang menjadi mangsa? Anak bangsa  kita juga


SUBJEK / MATAPELAJARAN DITAWARKAN

Subjek yang difokuskan oleh CIKGU AZMI ialah:

a) FIZIK @ PHYSICS

Terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 SPM. Kelas Tuisyen INTENSIF akan ditawarkan bagi pelajar yang akan naik ke tingkatan 5 (Semasa cuti akhir tahun). INTENSIF kerana saya akan berusaha menguatkan asas anak anda bagi subjek tingkatan 4.


b) MATEMATIK @ MATHEMATICS

Terbuka kepada pelajar darjah 1~6, UPSR, Tingkatan 1~3, PMR, tingkatan 4 dan 5(SPM)


Bagi subjek yang lain, seperti tertera dibawah ini: PERTOLONGAN MENDAPATKAN guru home tuition akan saya berikan kerana RAMAI GURU dan rakan saya dapat memberi khidmat mereka.


UPSR UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik

PMR PENILAIAN MENENGAH RENDAH
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7) Pendidikan Islam 8) Kemahiran Hidup


SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7)Pendidikan Islam 8) Matematik Tambahan 9) Fizik 10) Kimia 11) Biologi 12)Perdagangan 13) Ekonomi Asas 15) Prinsip Akaun


Pelaburan yang anda lakukan untuk ilmu tidak akan sia-sia, Duit dibelanjakan akan habis tetapi ilmu dan pengalaman semakin bertambah apabila digunakan.


Bayaran Untuk Subjek Ditawarkan Cikgu Azmi

Kepercayaan tuan puan dalam memberikan tanggungjawab mengajar anak anda akan saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Bayaran dikenakan bergantung pada peringkat dan subjek:


Pelajar SPM (Tingkatan 4 dan 5)

a) Fizik = RM55 sejam

b) Matematik Moden = RM50 sejam

c) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM50/jam


Pelajar PMR(Tingkatan 1, 2 dan 3)

a) Sains = RM40 sejam

b) Matematik = RM40/jam

c) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM50/jam 


Pelajar UPSR(Darjah 4,5 & 6)

Bahasa Malaysia, Sains, Matematik & Bahasa Inggeris = RM35


Contoh pengiraan :

Kes 1: Seorang pelajar SPM ingin mengambil FIZIK sebanyak 1 kelas/minggu dan 2jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM55/jam x 2jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM440/bulan


Kes 2: Seorang pelajar PMR ingin mengambil Sains dan Matematik sebanyak 1 kelas/minggu dan 3jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM40/jam x 3jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM480/bulan


DISKAUN RM5/jam diberikan bagi pendaftaran LEBIH dari 1 SUBJEK

Bagaimana pula kiraannya?

Jika anak anda mengambil MATEMATIK dan SAINS PMR bersama-sama untuk 3 jam/kelas setiap minggu. Maka Bayaran bulanan: RM35*3jam x 4 minggu = RM420. 


Berbanding jika anda ambil dari guru berbeza:

a) Sains PMR: RM40/jam x 1.5jam x 4 minggu = RM240 b) Matematik PMR: RM40/jam x 1.5jam x 4 minggu = RM240 JUMLAH=RM480



PENJIMATAN SETAHUN =(RM480-420)x12bulan=RM720 Hasil dari diskaun RM5/jam tersebut


Jika Rumah anda disekitar Shah Alam dan Putra Height, maka saya akan merundingkan pengurangan lagi.


APA YANG PELANGGAN DAPAT PADA HARGA SEDEMIKIAN?

Berikut adalah sebab mengapa harga sedemikian diletakkan.

a) TERMASUK HARGA BUKU

Saya tidak akan menuntut bayaran bagi pembelian buku latihan dan bahan pengajaran. Pengurangan Harga yuran bermaksud tawaran ini tertolak. 

b) PENGALAMAN LUAS

Pengalaman mengajar dan bekerja terkumpul melebihi 6 tahun adalah berpatutan dengan Kualiti pengajaran yang diberikan kepada anda. Bidang kejuruteraan adalah PUNCAk kepada aplikasi sains, matematik dan fizik. Pelaburan anda berbaloi setiap sen.


c) PROFESIONALISME

Saya adalah seorang yang menepati masa dan berdisiplin tinggi. Amanah yang diberikan oleh anda bakal membawa impak kepada keberkatan rezeki dan hidup. Ini juga bermaksud mengajar anak murid saya sebagaimana saya ingin guru lain mengajar anak saya kelak. Hidup ini satu kitaran.


d) KOS-KOS LAIN

Kos pengangkutan, minyak dan pengajaran.


CARA PENGAJARAN KELAS FIZIK DAN MATEMATIK CIKGU AZMI

Bagi sesi Home Tuition. Waktu Minimum bagi subjek adalah 2 JAM. Mengapa 2 jam?

Seorang pakar motivasi ada berkata, Manusia belajar 15% dalam kelas, 15% dari mendengar, 10% dari menulis, 10% dari melihat 20% dari latihan dan 30% dari mengajar (Pembahagian % mungkin sedikit berbeza). Maka pelbagai cara digunakan dalam kelas supaya pelajar benar-benar faham apa yang dipelajari.

a) MENGUKUHKAN PEMAHAMAN

Saya mengajar kembali bagi menyokong proses pembelajaran disekolah.


b) MEMBUAT LATIHAN

Membuat soalan berkaitan apa yang dipelajari. Melalui kaedah ini, pelajar dapat melihat bentuk soalan dan cara menjawabnya.

c) MENYEMAK LATIHAN 

Pelajar didedahkan tentang kesalahan yang mereka lakukan dan langkah pembetulan dilaksanakan atas sebarang kesilapan konsep.


d) MEMBERIKAN KERJA RUMAH

Bagi menambahkan kefahaman, kerja rumah akan diberikan dan proses ini memerlukan KERJASAMA ibubapa, murid dan saya. Tanpa wujud kesepakatan, menjelang kelas seterusnya minggu depan apa yang dipelajari akan dilupakan. (ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN AKAN HILANG SELEPAS 48JAM)


e) MEMBUAT SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR

Dari koleksi soalan tahun lepas untuk mempersiapkan mereka dengan tahap peperiksaan sebenar


MENGAPA ANAK ANDA TAKUT PADA MATEMATIK & FIZIK?
Subjek Matematik dan Fizik adalah tiket kepada kerjaya dalam bidang Teknikal dan Kejuruteraan. 


Jika anak anda bercita-cita menjadi jurutera, saintis dan penyelidik dalam bidang-bidang seperti Mekanikal, Automotif, Minyak dan Gas dan Aero Angkasa. 


Apa masalah utama dalam mempelajari Fizik dan Matematik? Disini saya senaraikan beberapa contoh:

1) Tidak memahami konsep yang diajar.

Fizik melibatkan logik dan pemahaman pada fenomena alam. Sedikit daya imaginasi yang dipandu pada arah yang betul akan membolehkan pelajar memahami subjek ini.


2) Kurang Membuat Latihan

Pemahaman konsep tanpa latihan yang mencukupi umpama pisau tajam yang digunakan oleh orang yang kurang cekap. Jika tidak kena caranya akan mencederakan diri. Fizik dan Matematik memang menarik


Latihan yang mencukupi bakal membuahkan hasil. Percayalah. :)


3) Tidak Memahami Kehendak Soalan

Ada dikalangan pelajar saya yang terlalu terburu-buru menjawab soalan sebelum benar-benar memahaminya. Pengalaman adalah guru terbaik seseorang pelajar

4) Lemah Penguasaan Bahasa Inggeris

Ini adalah kelemahan kebanyakan pelajar bumiputra terutama di kawasan pedalaman.Bahasa Inggeris adalah bahasa Sains dan Teknologi.


KEPRIHATINAN anda pasti membuahkan hasil kelak. HUBUNGI saya, CIKGU AZMI untuk pertanyaan lanjut dan Penetapan jadual.




Cikgu Azmi dapat dihubungi di talian 0192653791



Email: cikgutuitioncentre@gmail.com